Tuesday, May 3, 2016

Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Sekolah


Penyertaan daripada pemimpin murid untuk pertandingan yang diadakan oleh Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Sekolah 




Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid 2016



Pada 15 Februari 2016, kami telah menjalankan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid 2016. 


Tahniah kepada pemimpin murid yang baru dilantik dan juga yang telah dilantik untuk menjadi ahli Majlis Eksekutif Pemimpin Murid 2016.





VISI, MISI, MOTO DAN MATLAMAT

VISI

Pengawas cemerlang menjalankan generasi terbilang.

MISI

Melahirkan pengawas yang berdisiplin, berketrampilan, proaktif dan dinamik.

MOTO

Berkhidmat untuk Memimpin.

MATLAMAT

Memastikan semua murid mematuhi dan menghayati peraturan-peraturan sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum melalui kemahiran kepimpinan pengawas.

Mukaddimah

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di negara kita menjada wahana utama untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan dengan itu, sekolah sebagai institusi pendidian formal berperanan untuk mencapai matlamat tersebut. Selaras dengan itu, pentadbir sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk sahsiah murid dengan dibantu oleh guru-guru dan jawatankuasa pengawas sekolah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengawas sekolah ialah jawatankuasa yang penting dan bertanggungjawab membantu guru memastikan sahsiahh murid mantap dan susana sekolah berada dalam keadaan terkawal. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975:

"....Pengawas-pengawas sekolah / ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka... Mereka juga hendaklah memahami bahawa pelantikan merek itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib."

Sebagai pemimpin murid, adalah wajar pengawas sekolah menunjukkan keterampilan  dan sahsiah yang positif agar dapat dijadikan teladan keada murid-murid lain.

Monday, May 2, 2016

LOGO PENGAWAS SEKOLAH MALAYSIA








Penerangan Logo


  1. Tangan yang menggenggam menggambaran pengawas sekolah adalah sebagai pemegang amanah untuk membantu menguat kuasa peraturan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Warna merah menunjukkan pengawas sekolah perlu memiliki sifat berani dalam melaksanakan tugas.
  3. Warna putih menunjukkan pengawas sekolah perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan keikhlasan.
  4. Warna biru menunjukkan pengawas perlu melaksanakan tugas secara adil tanpa mengira bangsa demi mengekalkan perpaduan.
  5. Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.





CARTA ORGANISASI