Tuesday, May 3, 2016

Mukaddimah

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di negara kita menjada wahana utama untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan dengan itu, sekolah sebagai institusi pendidian formal berperanan untuk mencapai matlamat tersebut. Selaras dengan itu, pentadbir sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk sahsiah murid dengan dibantu oleh guru-guru dan jawatankuasa pengawas sekolah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengawas sekolah ialah jawatankuasa yang penting dan bertanggungjawab membantu guru memastikan sahsiahh murid mantap dan susana sekolah berada dalam keadaan terkawal. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975:

"....Pengawas-pengawas sekolah / ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka... Mereka juga hendaklah memahami bahawa pelantikan merek itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib."

Sebagai pemimpin murid, adalah wajar pengawas sekolah menunjukkan keterampilan  dan sahsiah yang positif agar dapat dijadikan teladan keada murid-murid lain.

No comments:

Post a Comment